BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 28, 2009

PEMUDA YANG PEMARAH

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.


Pada suatu hari, bapanya telah menghadi
ahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku seba
nyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sek
ali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan men
yuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan m
embunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding
hati anda.

Tuesday, October 27, 2009

FREEZE FOR EARTH

pada 24 oktober,sabtu lepas aku berasa amat teruja kerana dapat menyertai program Freeze For Earth anjuran UM Unesco Club.Jimmy(bukan nama sebenar) telah meminta tolong aku untuk mencari peserta daripada penghuni2 kolej.alhamdulillah lebih 200 peserta dapat dihimpunkan(dak kolej aku la pling ramai haha).tujuan program ini adalah utk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kenaikan suhu dunia yang menggugat alam sekitar sekarang ini.bimbang akan generasi akan datang,kami akan bergerak ke dua lokasi strategik iaitu KL Sentral dan KLCC untuk 'freeze' selama 3minit 50 saat dgn mmgang flyers ttg suhu dunia.350 brmaksud atmospheric carbon target of 350th part per million.utk pengetahuan semua,mase ni aku ade bengkel kepimpinan & organisasi kat KPS.lari jap hahaa...

kt dlam KL Sentral
orang lain tgk pelik jee hahahaa...whatever la,kate environmentalist!!

kat KLCC.demonstrasi terpimpin

in the end,aku amat puas hati dgn progam 'non-politically motivated' ni.harapan aku semoga banyak lagi la program kesedaran macam ni.anyway salute to you all!!

Sunday, October 25, 2009

WAJAH RAHSIA HATI


Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Tuesday, October 20, 2009

GADIS & AYAT SUCI

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci

Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak

Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair

Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

-Usman Awang

Friday, October 16, 2009

BEZA SEBAT ISLAM DENGAN SEBAT SIVIL

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Maklumat Ringkas:


SEBAT CARA ISLAM


1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL


1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz..
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

YANG MANA ADIL,YANG MANA ZALIM?

Wednesday, October 14, 2009

SENYAP-SENYAP


dalam diam
aku bersabar
dalam senyap
aku berfikir
fikir tentang masa depan
apakah aku harus melawan
atau biarkan ia tertidur dengan sendiri

aku sedar
aku tidak perlu meluru melanggar tembok
tetapi aku tahu
aku tidak perlu menyorok gaya si bacul

usah peduli hamburan orang
peduli dengan insan lain
aku tidak bijak bermain dengan kata-kata
tetapi aku tidak rela abai amanah yang diberi
demi kebahagiaan orang lain
aku sanggup dihina

Friday, October 9, 2009

KASIHNYA IBU


Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

PENYANYI ASAL:SHARIFAH AINI

lirik lagu yang cukup menyayat hati,meruntun jiwa.rase nak balik rumah je skang ni huhuuu..tapi apakan daya,kudrat aku diperlukan disini.hanya doa sahaja penyejuk hati.(macam rumah jauh sgt hahahaaa)

Wednesday, October 7, 2009

HADAPI DENGAN SENYUMAN


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahawa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang