Assalamualaikum w.b.t,salam sejahtera,salam perpaduan dan salam hormat.Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurniaNya kemenangan akhirnya berpihak kepada Penggerak Mahasiswa.Pertama- tama sekali saya ingin merakamkan serta melafazkan ucapan tahniah kepada semua pendukung penggerak mahasiswa tanpa mengenal pangkat,usia,bangsa dan agama.peralihan kuasa yang diidamkan akhirnya mendatangkan hasil.harus diingat,peralihan kuasa ini bukanlah suatu percaturan politik peribadi.peralihan kuasa bagi kita adalah bermakna menegakkan kebenaran dan keadilan,sistem yang profesional dan pimpinan yang mampu berkhidmat dengan baik.itu maksud peralihan kuasa bagi kita.
Berkat kesungguhan jentera,penyokong GERAK menunjukkan suatu petanda positif bahawa mahasiswa mahukan suatu bentuk pembaharuan.Agenda yang dibawa dan bakal dilaksanakan berjaya memikat hati mahasiswa.Mahasiswa dilihat bijak menilai dalam menentukan mana satu pilihan yang baik dan yang buruk.Prestasi pimpinan yang lepas dijadikan taruhan,tetapi mahasiswa bukanlah golongan yang buta,tuli dan bodoh dalam membuat penilaian.
GERAK sekarang ini harus melihat ke hadapan.Segala tohmahan,fitnah,mehnah dan tribulasi yang dilemparkan harus dijawab dengan bersandarkan bukti dan fakta.Kita dapat saksikan bagaimana calon-calon kita diugut dengan harapan semangat kita akan luntur.Tetapi dengan keazaman yang jitu semua kejahatan itu tidak mungkin dapat menggugat semangat kepahlawanan pendukung GERAK.
Sekarang ini,MPMUM yang dibentuk hendaklah menjalankan segala amanah yang digalas dengan penuh rasa tanggungjawab.Segala keluhan dan rintihan mahasiswa hendaklah didengar,diambil perhatian dan tindakan susulan.Jangan sesekali sombong,abaikan tugas dan takbur,jika tidak jentera GERAK akan bangkit menentang habis-habisan!
Fakta:tidak ada peruntukan di dalam Akta atau Buku Peraturan yang menyatakan Majlis Tertinggi daripada calon kerusi umum.Kabinet dibentuk melalui undian dari kalangan ahli MPMUM.Tidak ada peruntukan yang menyatakan undian tertinggi akan menjadi YDP.
Peratusan mahasiswa yang turun mengundi juga bertambah.Pada sesi 08/09,66.41%.tetapi pada sesi 09/10,meningkat kepada 68.39%.Tahniah kepada saudara Khairul Anuar yang diundi 21-20 untuk menjadi YDP MPMUM.Khairul Anuar disenangi di kalangan mahasiswa khususnya daripada kolej kediaman Ungku Aziz kerana sikap mesranya serta rendah diri.Adalah tidak adil untuk membuat andaian dan penilaian kerana gerak kerja rasmi belum pun bermula.Kita tunggu dan lihat.
GERAK hendaklah bersatu dan melupakan segala persengketaan.Segala kesilapan lalu hendaklah diinsafi dan dijadikan iktibar.Kebajikan mahasiswa hendaklah menjadi agenda utama perjuangan kita.Sikap rasional hendaklah ditunjukkan dalam mengenengahkan sesuatu isu.Di samping itu,GERAK juga hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dan ikhlas dengan semua pihak.Barulah varsiti tercinta ini akan terpelihara daripada anasir kotor dan perpecahan.
Akhir kata,perpaduan yang dilaungkan janganlah hanya menjadi mimpi.Perpaduan ini hendaklah direalisasikan dengan sebaiknya.Kepentingan peribadi,nama bukanlah agenda perjuangan GERAK.Teruskan kesetiaan bersama GERAK.Pohon maaf jika ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang bersama GERAK.Ia adalah suatu proses mematangkan diri yang lemah ini.HIDUP GERAK!!
Saturday, February 13, 2010
PENGGERAK MAHASISWA:PASCA PRK 09/10
at 4:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment