BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PELAJAR TING. 6 RENDAH DI PTJ AKADEMIK UM 2009

pada 7-14 disember 2009,aku bersama amir chong,maaz,asri,nash dan fairuz menjadi fasilitator utk program ni.objektif program ini adalah utk pendedahan kpd mereka ttg persekitaran universiti dan how to survive in campus life.program ini boleh dikatakan antara yang amat bermakna bagi aku kerana pelbagai suka dan duka diharungi utk menjayakan program ni.die punya penat nak handle program ni tak payah cakap la.bangun pagi,tidur lewat malam,sedangkan teman2 aku yg len punye la syok bercuti kt rumah(cuti semester la katakan) tapi tak kesah,enjoy punye pasal aku gigih teruskan tanggungjawab yg telah diberi.pagi2 nak hantar students gi fakulti,petang ambik(macam bapak budak lak haha).pastu gi la riadah,main2 berhibur melepaskan kegembiraan dengan diorang.memang fun la.
over all diorang bg komitmen la program ni.cuma byk bdak sakit tu yg merisaukan aku.ye la kalu teruk menjawab aku dgn sekolah diorang.tp honestly ni la program yg byk bdak sakit prnah aku handle.byk mengajar aku don't take for granted someone's health.sume orang adalah amanah aku.
lagi satu,mmg best la tgk diorang wat cheer,nyanyi gemuruh,xi shua shua hahaaa...terpaksa aku kene wat jugak.nak hiburkan org len punye pasal aku sanggup!!tadehal punye.then,byk gak fakulti yg aku teroka.ye la bese lepak fac sendiri je tak jenguk fac org len.skang tau la sket2 hehe.aku pun baru tau yg UM ade makmal fizik angkasa,leh teropong planet2!!hahaa...
main adventure nite mmg best!!!paling best kene marah ngan aku hahaaa...(nasib la sape suruh tak dgr cakap).bermakna sungguh.hari ahad pegi jejalan kt pusat sains negara n putrajaya.tah bape lama tak PSN aku pun tak ingat,mase skolah rendah kot.paling terharu ade la sorang budak ni belanje fasi2 beli bag.bagi aku,even present tu seketul batu,tapi kalau ikhlas ia amat bermakna.ade lagi,kitorang ade gak prank budak punye birthday tapi x jadik haha...belikan la kek utk diorang kasi happening skettt...

time makan kt putrajaya budak blanje lg.save duit fasi hahaaa....jenuh gak aku la cameraman,tgkap gmbar org punye la byk tak beragak.mmg camwhore le bbdak ni.tp takpe sy suke hehehee...hari last majlis penutup kene pakai formal.nampak la smart sket.cikgu2 nmpak takde la tgk fasi ni mcm xleh pkai je hahaa...byk respons positif yg aku dapat,which is good utk aku lbh brsemangat nak handle program2 berbentuk akademik.last but not least,budak2 lower 6 memang best giler!!rindu kat korang sume.mintak maaf dr hujung kaki smpai hujung kepala.sume tu tuk mendidik,bukan mendera.(ade dera ke?).semoga kalian berjaya dlm hidup,bgitu juga aku...

kejayaan di cipta oleh manusia biasa yg berusaha secara luar biasa - Bill Gates

Saturday, December 5, 2009

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Tuesday, December 1, 2009

BAHAGIA

salam.taktau nak cakap ape.cuma nak bagitau yang aku dah lulus undang-undang keluarga.alhamdulillah.betapa peritnya azab penderitaan bila aku tau yg aku fail paper ni last year.tu la byk main lg hahaa.tapi sejak fail paper ni dulu la aku rase sedar yg sebenarnya harapan ibu bapa kt kita ni sebenarnya tinggi melangit.berkat doa mereka,serta rakan2 yg sudi bg pinjam notes yg berlambak,akhirnye aku lulus haaha..harap aku dpat grad tahun 2011 dgn member2 yg lain.so far ok takde masalah walaupun macam2 dugaan melanda.ada hikmah sume perkara tu...semoga Tuhan berkatiku...