BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PELAJAR TING. 6 RENDAH DI PTJ AKADEMIK UM 2009

pada 7-14 disember 2009,aku bersama amir chong,maaz,asri,nash dan fairuz menjadi fasilitator utk program ni.objektif program ini adalah utk pendedahan kpd mereka ttg persekitaran universiti dan how to survive in campus life.program ini boleh dikatakan antara yang amat bermakna bagi aku kerana pelbagai suka dan duka diharungi utk menjayakan program ni.die punya penat nak handle program ni tak payah cakap la.bangun pagi,tidur lewat malam,sedangkan teman2 aku yg len punye la syok bercuti kt rumah(cuti semester la katakan) tapi tak kesah,enjoy punye pasal aku gigih teruskan tanggungjawab yg telah diberi.pagi2 nak hantar students gi fakulti,petang ambik(macam bapak budak lak haha).pastu gi la riadah,main2 berhibur melepaskan kegembiraan dengan diorang.memang fun la.
over all diorang bg komitmen la program ni.cuma byk bdak sakit tu yg merisaukan aku.ye la kalu teruk menjawab aku dgn sekolah diorang.tp honestly ni la program yg byk bdak sakit prnah aku handle.byk mengajar aku don't take for granted someone's health.sume orang adalah amanah aku.
lagi satu,mmg best la tgk diorang wat cheer,nyanyi gemuruh,xi shua shua hahaaa...terpaksa aku kene wat jugak.nak hiburkan org len punye pasal aku sanggup!!tadehal punye.then,byk gak fakulti yg aku teroka.ye la bese lepak fac sendiri je tak jenguk fac org len.skang tau la sket2 hehe.aku pun baru tau yg UM ade makmal fizik angkasa,leh teropong planet2!!hahaa...
main adventure nite mmg best!!!paling best kene marah ngan aku hahaaa...(nasib la sape suruh tak dgr cakap).bermakna sungguh.hari ahad pegi jejalan kt pusat sains negara n putrajaya.tah bape lama tak PSN aku pun tak ingat,mase skolah rendah kot.paling terharu ade la sorang budak ni belanje fasi2 beli bag.bagi aku,even present tu seketul batu,tapi kalau ikhlas ia amat bermakna.ade lagi,kitorang ade gak prank budak punye birthday tapi x jadik haha...belikan la kek utk diorang kasi happening skettt...

time makan kt putrajaya budak blanje lg.save duit fasi hahaaa....jenuh gak aku la cameraman,tgkap gmbar org punye la byk tak beragak.mmg camwhore le bbdak ni.tp takpe sy suke hehehee...hari last majlis penutup kene pakai formal.nampak la smart sket.cikgu2 nmpak takde la tgk fasi ni mcm xleh pkai je hahaa...byk respons positif yg aku dapat,which is good utk aku lbh brsemangat nak handle program2 berbentuk akademik.last but not least,budak2 lower 6 memang best giler!!rindu kat korang sume.mintak maaf dr hujung kaki smpai hujung kepala.sume tu tuk mendidik,bukan mendera.(ade dera ke?).semoga kalian berjaya dlm hidup,bgitu juga aku...

kejayaan di cipta oleh manusia biasa yg berusaha secara luar biasa - Bill Gates

Saturday, December 5, 2009

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Tuesday, December 1, 2009

BAHAGIA

salam.taktau nak cakap ape.cuma nak bagitau yang aku dah lulus undang-undang keluarga.alhamdulillah.betapa peritnya azab penderitaan bila aku tau yg aku fail paper ni last year.tu la byk main lg hahaa.tapi sejak fail paper ni dulu la aku rase sedar yg sebenarnya harapan ibu bapa kt kita ni sebenarnya tinggi melangit.berkat doa mereka,serta rakan2 yg sudi bg pinjam notes yg berlambak,akhirnye aku lulus haaha..harap aku dpat grad tahun 2011 dgn member2 yg lain.so far ok takde masalah walaupun macam2 dugaan melanda.ada hikmah sume perkara tu...semoga Tuhan berkatiku...

Friday, November 20, 2009

I DREAMED A DREAM

She was poor and was employed for only once in her lifetime – as a trainee cook.

She never got married. She spent most of her life taking care of her mother, until the dear old lady died.

She had learning difficulties and still has it now, along with some other common illnesses of women her age.

She was bullied, mocked, and let down all throughout her childhood till just recently.

Today she is 48 years old and have made the impossible – possible.

If Susan Boyle can reach her dreams, I can reach mine.

…no matter how many years and drop of tears it may take.

InsyaAllah :’)

Sunday, November 15, 2009

MIMPI

Aku pemimpi, maka tugasku adalah bermimpi…

Indah dan suram mimpiku tetap kuhadapi

Darah dan dahaga adalah lumrah dalam perjuangan

Airmata dan penantian adalah penghiasnya

Aku pulang

Hari ini sebuah mimpi cuba diwujudkan

Aku berdoa….semoga Allah yang Maha Rahman dan Maha Rahim…memilihku utk tugas ini…

Ahhhh aku sudah terjaga…mari wujudkan…berjuang…

Monday, November 9, 2009

MENUNGGU DIRIMU


Semuanya kan berakhir
Kiranya kau kan mungkir
Tetapku menunggu mu
Untuk kau terus berfikir

Jangan kau anggap ini semuanya
Hanya mimpi yang tak berharga
Jangan kau alpa tentang isinya
Kenangan yang telah kita bina

Hanyaku yang inginkan semua
Untuk kita terus berdua

Ku kan terus terseksa
Kiranya aku tetapkan menunggu dirimu

Harusku menahan semua kisah cintaku
Jauh,

Jauh.

Tuesday, November 3, 2009

LUHUR


Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Menjadi satu kenangan yang abadi

-TRIBUTE TO MS. SHARIFAH WAHIDA(FELLOW OF KUAZ)-

Wednesday, October 28, 2009

PEMUDA YANG PEMARAH

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.


Pada suatu hari, bapanya telah menghadi
ahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku seba
nyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sek
ali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan men
yuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan m
embunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding
hati anda.

Tuesday, October 27, 2009

FREEZE FOR EARTH

pada 24 oktober,sabtu lepas aku berasa amat teruja kerana dapat menyertai program Freeze For Earth anjuran UM Unesco Club.Jimmy(bukan nama sebenar) telah meminta tolong aku untuk mencari peserta daripada penghuni2 kolej.alhamdulillah lebih 200 peserta dapat dihimpunkan(dak kolej aku la pling ramai haha).tujuan program ini adalah utk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kenaikan suhu dunia yang menggugat alam sekitar sekarang ini.bimbang akan generasi akan datang,kami akan bergerak ke dua lokasi strategik iaitu KL Sentral dan KLCC untuk 'freeze' selama 3minit 50 saat dgn mmgang flyers ttg suhu dunia.350 brmaksud atmospheric carbon target of 350th part per million.utk pengetahuan semua,mase ni aku ade bengkel kepimpinan & organisasi kat KPS.lari jap hahaa...

kt dlam KL Sentral
orang lain tgk pelik jee hahahaa...whatever la,kate environmentalist!!

kat KLCC.demonstrasi terpimpin

in the end,aku amat puas hati dgn progam 'non-politically motivated' ni.harapan aku semoga banyak lagi la program kesedaran macam ni.anyway salute to you all!!

Sunday, October 25, 2009

WAJAH RAHSIA HATI


Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Tuesday, October 20, 2009

GADIS & AYAT SUCI

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci

Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak

Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair

Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

-Usman Awang

Friday, October 16, 2009

BEZA SEBAT ISLAM DENGAN SEBAT SIVIL

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Maklumat Ringkas:


SEBAT CARA ISLAM


1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL


1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz..
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

YANG MANA ADIL,YANG MANA ZALIM?

Wednesday, October 14, 2009

SENYAP-SENYAP


dalam diam
aku bersabar
dalam senyap
aku berfikir
fikir tentang masa depan
apakah aku harus melawan
atau biarkan ia tertidur dengan sendiri

aku sedar
aku tidak perlu meluru melanggar tembok
tetapi aku tahu
aku tidak perlu menyorok gaya si bacul

usah peduli hamburan orang
peduli dengan insan lain
aku tidak bijak bermain dengan kata-kata
tetapi aku tidak rela abai amanah yang diberi
demi kebahagiaan orang lain
aku sanggup dihina

Friday, October 9, 2009

KASIHNYA IBU


Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

PENYANYI ASAL:SHARIFAH AINI

lirik lagu yang cukup menyayat hati,meruntun jiwa.rase nak balik rumah je skang ni huhuuu..tapi apakan daya,kudrat aku diperlukan disini.hanya doa sahaja penyejuk hati.(macam rumah jauh sgt hahahaaa)

Wednesday, October 7, 2009

HADAPI DENGAN SENYUMAN


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahawa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Wednesday, September 30, 2009

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN VERSI RAYA

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)

"bukan senang nak kmpul bdak2 ni"-aku ckap kt man dan muis mase bincang kt seksyen 7 shah alam...kitorang plan nk wat konvoi raya ke sepang n banting sbab rumah die jauh sket.lame dah x jumpee...so,25 sept jam 1145 bru r dpat brtolak dr yus kajang...jnji kul 9.hmmm....grak masuk maahad jap coz ade bdak len nk parking motor.skali msuk,(da lame x masuk) Ya Allah!!da berubah da maahad.makin byk bangunan baru.time aku dlu xde pun.
singgah jap solat jumaat kt masjid sepang.lawa gak masjid tu.solat jangan tinggal beb!!pastu trus grak umah Bol(bukan name sebenar).lame gile x jumpe mamat ni.dlu kt maahad Mirwana G13,die men percussion.hebat gile r.prnah men skali ngan Achik(pemuzik iringan Yasin).mase kt umah die mcam2 r kitorang borak.dari zaman F1 sume cite kluar la.best,xbest,cite hal asrama,kelas,pondok sume ade laa...time ni aku rase cam nk nangis je.ye r,bkan snang nk kmpul member2 lame rrmai,borak balik mcam zaman dulu2.pastu grak umah esan lak.umah tepi pantai bagan lalang.dkat ngan Sepang Goldcoast.mmg cantek r view.len kali bleh la dtg lg men lari2 di gigi air hahaa.next rumah firhan kt banting.rumah die dlu rumah kayu,skang da batu dah.maju la hahaa..singgah solat asar kt masjid batu laut.tapa jd imam.pastu umah hakim.anak buah die kecik2 lg,mmg comey la huhuu...mkan mee,best giler.dlu hakim ni krus kring je,skang da berisi byk.bgus2 haha.......
prjalanan ditruskan lg wlaupn da mlam.solat maghrib kt masjid kanchong darat.ade mmber len solat masjid morib.firhan bwak keta pimp my ride die mmg terbaek r.trus g umah poji.bapak die mmg peramah abes la.mula2 aku smpai die ckap,"time mude2 ni la jjlan pg rumah kawan,da tua karang duk umah je,lain rase".mkan mihun lg.mmg standard r pg rumah org mkan mihun,snang masak.mkanan tu x penting,yg penting dpat jumpe mmber2 tu lg brmakna r.

baju merah tu la BOL

last skali umah alip.da maju da alip skang ni.die ni blaja kt USM.dulu die ajar aku add math.mmg power r die ni.in conclusion,mmg brmakna r trip ni..gembira,sedih,riang sume feeling ade r time tu.kne kutuk2 sket biase la,adat brkawan.tu yg bonding mkin kuat tu..mmg rugi r sape x dpat follow tu hahaa

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

MUNGKINKAH KITA TERLUPA TUHAN ADA JANJINYA
BERTEMU BERPISAH KITA ADA RAHMAT DAN KASIHNYA

Thursday, September 17, 2009

RAMADHAN'S JOURNEY

BBQ DI KOLEJ TUJUH,UM

IFTAR BERSAMA KELAB FASILITATOR KOLEJ 11 UM




IFTAR BERSAMA TEMAN2 DI LAW FAC.

IFTAR DI RESTORAN SERI MELAYU

PERJUMPAAN SPKUM & TNC HEPA UM

BERSAMA NAIB CANSELOR UM

BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI

BERSAMA TUN SITI HASMAH

BERSAMA TNC HEPA UM

BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6

TEMPAT:PWTC KL,PICC PUTRAJAYA,RESTORAN SERI MELAYU JLN CONLAY,KEDIAMAN TIMB. PM SRI SATRIA,ISTANA ISKANDARIAH PERAK,RUMAH UNIVERSITI UM,MP2 KPS,KOLEJ 7,KOLEJ 11,BRISIK PJ,FAKULTI UNDANG2 UM,SRI RUMBIA KERINCHI,KG BARU DAN LAIN-LAIN....ALHAMDULILLAH SYUKUR NIKMAT.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H,MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday, September 5, 2009

BELIEVE IT!!


When your mother has grown older,
When her dear, faithful eyes
No longer see life as they once did,
When her feet, grown tired,
No longer want to carry her as she walks,
Then lend her your arm in support, escort her with happy pleasure—
the hour will come when, weeping, you must accompany her on her final walk.

And if she asks you something, then give her an answer.
And if she asks again, then speak!
And if she asks yet again, respond to her, not impatiently, but with gentle calm.

And if she cannot understand you properly, explain all to her happily.
The hour will come, the bitter hour, when her mouth asks for nothing more.

-poem by Adolf Hitler(hard to believe!!)

p/s:semenjak dua menjak ni aku suke bace poem hahahaa.....

Friday, September 4, 2009

COLOURED?


"When I was born,
I was black.
When I grow up,
I'm black.
When I'm ill,

I'm black.
When I die,

I'm black.
But you -
When you're born,
you're pink.
When you grow up,
you're white.
When you're ill,
you're green.
When you go out in the sun,
you go red.
When you're cold,
you go blue.
When you die,
you're purple.
And you have the nerve to call me Colored?

Friday, August 28, 2009

KURMA ISRAEL





Salam
Sekarang bulan puasa menjelma..berhati- hati...be careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Israel yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.
SAVE GAZA

Monday, August 24, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK